KUALA TERENGGANU – 30 mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terdiri daripada anggota Kor-Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor-Suksis) UniSZA berjaya menjalankan Misi Pembangunan Sosial Antarabangsa (MIPSA) Kor-Suksis UniSZA di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam pada 19 Mei hingga 28 Mei 2011.
Program anjuran Kor-Suksis UniSZA dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UniSZA ini telah mencatat satu lagi kejayaan Kor-SUKSIS UniSZA di peringkat antarabangsa.
Selaras dengan moto UniSZA, Ilmu Demi faedah Insan, delegasi MIPSA telah mengadakan perkongsian ilmiah di peringkat antarabangsa di dua buah universiti yang terletak di Bandar Ho Chi Minh iaitu HCMC International University dan HCMC Social Science & Humanity University.
Delegasi MIPSA turut mengadakan pembentangan tentang budaya dan warisan Malaysia yang bertajuk A Comparison Of Culture & Heritage Malaysian And Vietnamese dan pembentangan kertas kerja yang bertajuk The Roles Of Police Volunteers Among University Students In Malaysia.
Anggota MIPSA turut mempersembahkan tarian zapin, inang dan joget serta persembahan kompang di universiti tersebut.
MIPSA juga menghulurkan sumbangan hasil kutipan derma yang dijalankan di kampus-kampus UniSZA kepada masyarakat Islam di sekitar Ho Chi Minh.
Sumbangan berupa 60 helai sejadah, 60 naskah al-Quran, 60 naskah Surah Yassin, 60 pasang telekong dan wang tunai RM 3500.
Delegasi MIPSA juga turut mengunjungi sekolah kanak-kanak istimewa dan sekolah pelajar hilang daya penglihatan.
Lawatan Akademik di Delta Mekong turut diadakan sebagai salah satu program sepanjang misi tersebut. Delta Mekong merupakan sebuah perkampungan masyarakat Vietnam yang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan harian.
MIPSA juga mengadakan lawatan ke Chu Chi Tunnel dan War Remnants Museum, sebuah tempat peninggalan sejarah tentera komunis Vietnam.
Menurut Pengarah Program, Syafiq Irsyad, misi ini banyak memberi pengalaman dan pendedahan kepada delegasi MIPSA tentang kehidupan masyarakat Vietnam. Melalui aktiviti yang dijalankan ianya banyak memberi idea dan pendedahan kepada golongan mahasiswa.
http://www.unisza.edu.my/en/component/content/article/1-news/557-30-mahasiswa-berpersonaliti-unisza-berjaya-merentasi-global.html
Wednesday, 10 August 2011
Universiti Sultan Zainal Abidin - 30 Mahasiswa Berpersonaliti UniSZA Berjaya Merentasi Global
Posted by Nur Atikha at 07:30
Labels: IT NEWS FROM IPTS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment